TeRiMa KaSiH KeRaNa Klik!!

Wednesday, December 7, 2011

Kenapa mesti DIET???

Perkara yang paling menakutkan wanita zaman kini adalah MASALAH KEGEMUKAN...
Betul atau Tak, terpulang kepada individu sendiri....
Wanita akan fikir macam-macam bila rasa brt bdn semakin naik...amat takut sekali kalau rasa pakwe cari awek lain...yang dah berkahwin pula bimbang ada madu???aduhhh...sakit-sakit...

Jadi jalan penyelesaiannya???"macam mana nak kurus nie??"

Isu gemuk/berat badan meningkat boleh timbul apabila........
  • Pengamalan DIET yang salah dan tidak mengikut panduan..
  • Waktu makan yang tidak teratur..sibuk la katekan ade yang makan tengahari pukul 1ptg,ada pukul 3ptg..
  • Makan secara berlebihan...INGAT!tamak tu rugi....
  • Kadar Metabolism yang rendah tapi pengambilan makanan secara tinggi kalori...badan nak turun mcm ne tu???
  • Sistem perkumuhan badan tidak lancar....spt peluh, air kecil & besar...
  • Mengabaikan SARAPAN PAGI & MAKAN MALAM...ingat DIET ni mesti berlapa ke??tidak sama sekali!
  • Tidak mengawal kandungan kalori yang diambil setiap hari...
  • Badan naik selepas melahirkan anak...



DIET??

Ramai wanita selalu salah paham bila diperkatakan tentang DIET...mereka akan ingat DIET ni mesti makan pil, jamu, ikat perut tanpa makan apa2...

DIET ADALAH AMALAN PEMAKANAN SECARA SIHAT & SEIMBANG

Fakta yang perlu diketahui :
Jenis Diet
Tugas
Kesan
Pengambilan Herba/JamuMemberi kesusutan berat badan jangka pendek sahaja.
Bertindak seperti ubat untuk mengurangkan selera makan.
Kesan jangka panjang : rasa loya, rasa lesu, sembelit dan tekenan darah yang rendah
Kesusutan tidak dapat bertahan untuk jangka masa panjang.
Kekurangan tenaga dan nutrien
Pengambilan Pil Diet
Memberi kesusutan berat badan jangka pendek sahaja.
Bertindak seperti ubat untuk mengurangkn selera makan untuk sementara waktu sahaja.
Kesan jangka panjang : boleh menyebabkan kebergantungan pengambilan pil yang serius
Kesusutan tidak dapat bertahan untuk jangka masa panjang.
Kekurangan tenaga dan nutrient pda badan
Penggunaan Julap / Teh PelangsingMenggalakkan kesusutan air dalam badan.Kehilangan air yang banyak namun lemak tetap tinggal dalam badan
Mengakibatkan kekurangan karbohidrat yang menyebabkan ketosis iaitu dimana proses penguraian lemak di badan tidak dapat dilengkapi
Sumber : "Makan dengan bijak - Pelaburan sepanjang hayat" terbitan Jabatan Dietik & Dietari, Institut Jantung Negara (IJN)

Maka dengan itu, ambil langkah yang bijak dalam merancang DIET anda...Kita terokai cara yang terbaik, selamat dan jimat dalam memastikan badan cantik, anggun dan sihat!